FOKUS

URUS KERJA KAHWIN DENGAN BIJAK

DALAM suasana ekonomi global yang tidak menentu ketika ini yang bahangnya turut dirasai oleh rakyat negara kita di mana kos sara hidup naik dengan begitu mendadak maka sewajarnyalah majlis perkahwinan dibuat dengan perancangan yang rapi. Perbelanjaan majlis perkahwinan hendaklah diadakan dengan cara yang berhemah kerana jika dibuat secara berlebih-lebihan akan memberi impak kepada kehidupan setelah berumah tangga. Bajet perkahwinan hendaklah mengambil kira perkara-perkara mengikut keperluan yang perlu diberi keutamaan, umpama majlis akad nikah. Atur cara yang selebihnya, perlulah mengikut kemampuan masing-masing. Dalam kontek ini, kita perlulah beringat agar setiap tindakan yang kita lakukan jangan sampai menjadikan kita alpa dengan berbelanja secara membuta tuli tanpa memikirkan cabaran yang bakal kita harungi dalam keadaan kegawatan ekonomi yang sedang menghimpit seluruh dunia. Hakikatnya, transformasi dan perubahan minda adalah penting kepada setiap pasangan atau perancang majlis (wedding planner) supaya majlis yang bakal diadakan, dapat diurus dengan penuh kesederhanaan sesuai dengan tuntutan semasa. LC

Direnjis-renjis dipilis..

Selamat berbahagia kepada pasangan Raja Sehari

LC merasa bertuah dan teruja kerana telah diberi peluang untuk merakamkan majlis perkahwinan tiga pasangan secara serentak pada 7 Jun 2008. Sejarah tercipta apabila tiga pasangan tersebut adalah adik beradik dan majlis ijab kabul 3 pasangan mempelai telah disempurnakan serentak sehari sebelum persandingan . LC

Gambar atas - Abg. Adzri b. Abg. Keli dengan pasangannya Dyg. Suhaila bt. Abang Odar

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

 

Saat-saat bahagia pasangan, Dewandi dan Dyg. Norhasmah yang telah selamat diijab kabul pada 31 Mei 2008. Upacara membatalkan air sembahyang dengan menyarung cincin ke jari manis Dyg. Norhasmah turut disaksikan oleh sanak saudara terdekat. Majlis persandingan telah diadakan pada hari berikutnya dalam suasana yang sungguh meriah. LC  L

ZOOM IN MAJLIS PERKAHWINAN MOHD. SULTANIZAM DAN ASMAH

Bagaikan sudah tersurat dalam makrifat, begitulah perkenalan pasangan Raja Sehari, Mohd. Sultanizam dan Asmah yang berputik sejak bertugas sebagai pendidik di salah sebuah sekolah di pedalaman Sarikei, telah membawa mereka ke jinjang pelamin. Tanggal 17 Ogos 2008 telah merungkaikan segala-galanya di mana kedua-duanya telah sempurna diijab kabul di hadapan sanak saudara dan rakan taulan yang turut hadir pada hari tersebut. LC

PASANGAN NAZRI DAN JULIANA RAIKAN MAJLIS PERKAHWINAN DI KG. BELADIN

Jarak perjalanan hampir 100km  dari Bandar Sarikei ke Kg. Beladin, Pusa tidak sedikitpun mematahkan semangat LC untuk memenuhi jemputan pasangan, Nazri dan Juliana untuk merakamkan perjalanan Majlis Perkahwinan pasangan yang bakal bergelar Raja Sehari itu. Adab dan budaya tempatan masih dikekalkan dan sedikitpun terusik dek budaya luar. Mengimbau kisah perkenalan kedua mempelai ini, ianya mula berputik sejak sama-sama menuntut di salah sebuah IPTA tempatan.  Nazri yang berasal dari Kuching dan Juliana dari Kg. Beladin (Daerah Pusa) telah menjadikan tanggal 10 Oktober 2008 sebagai tarikh penuh sejarah menyatukan keduanya sebagai suami dan isteri.

LC DI KUALA LUMPUR

Menjejakkan kaki ke  Kuala Lumpur dari 19 hingga 26 Oktober 2008 tidak disia-siakan begitu sahaja, LC mengambil peluang tersebut untuk bertemu dengan rakan-rakan Jurufoto dari beberapa negeri di Semenanjung termasuk seorang dari Indonesia. Pertemuan sehari suntuk itu, telah dimanfaatkan seoptimum mungkin dengan berkenalan dan bertukar-tukar fikiran mengenai teknik pengambilan foto. LC turut berpeluang mengambil foto (close-up shot) model jemputan (Elvina dan pasangan beliau) yang memperagakan pakaian/sut pengantin di salah sebuah studio tidak jauh dari Kepong.

SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INTEGRITI 2008 JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

Teras kecemerlangan sesebuah organisasi bukan hanya terletak kepada skala organisasi atau kecanggihan infrastruktur ICT sebaliknya ianya juga terletak pada nilai-nilai murni atau sifat-sifat terpuji yang ada pada diri setiap kakitangan. Kakitangan yang berwibawa merupakan tunjang utama atau nadi  penggerak dalam merealisasikan segala agenda dan aspirasi sesebuah organisasi. Dengan tema “WARGA BERINTEGRITI PERKHIDMATAN BERKUALITI”, sambutan Hari Kualiti dan Integriti 2008 Peringkat Negeri Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah diraikan dengan penuh meriah dengan semangat muhibbah oleh warga JANM daripada seluruh pelusuk negeri Sarawak yang berkampung di Sarikei pada 7 November 2008. Majlis tersebut juga diserikan dengan kehadiran tetamu terhormat, Puan Hajjah Jamela binti Moh. Syed, Timbalan Akauntan Negara Malaysia (Korporat) yang juga telah merasmikan upacara sambutan pada hari tersebut. Para tetamu juga dihiburkan dengan persembahan kebudayaan dan koir yang dipersembahkan oleh kumpulan tempatan. Kemuncak sambutan adalah pengumuman pekerja cemerlang yang akan dianugerahkan sebagai Pekerja Contoh Tahun 2008 bagi Zon Sarawak. Mendahului senarai penerima anugerah tersebut ialah Encik Chan Pak Kuan dari JANM Cawangan Sarikei.

dsc_14171

LC turut berkongsi kegembiraan kerana berpeluang menyaksikan hari yang penuh bermakna kepada seluruh warga JANM. Apa yang mengkagumkan LC ialah kemampuan warga kerja JANM Sarikei dalam menjayakan program tersebut. Walau pun dengan jumlah kakitangan yang agak terbatas namun mereka telah membuktikan dengan semangat kerjasama yang kental, kerja yang berat menjadi ringan dan program sehebat itu telah berjalan dengan lancar.  Apa yang menarik yang perlu dicontohi adalah penglibatan pesara-pesara  JANM Sarikei yang turut mengembleng tenaga bagi menjayakan majlis tersebut. LC

SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN AZZUANY DAN NIZAM

SMS SATUKAN DUA HATI  - DYG. SITI ARLIZA DAN ABDUL AZIZ

Kalau dah jodoh tak akan ke mana. Begitulah ungkapan yang boleh dikaitkan dengan pasangan, gadis manis Dyg. Siti Arliza dari Sarikei dan Abdul Aziz yang berasal dari Kuching yang telah selamat diijab kabul pada 21 November 2008 di Pejabat Agama Islam Sarikei. Episod perkenalan pasangan ini yang hanya berputik melalui SMS  akhirnya membawa keduanya ke jinjang pelamin.  

dsc_1902

ZOOM IN > FOTO KAHWIN

Copy of DSC_2746 DSC_3284B DSC_3481B DSC_2471B DSC_3447 DSC_3287B Copy of DSC_2851 Copy of DSC_2998 Copy of DSC_3429 DSC_2350 DSC_3484B DSC_3639B Copy of DSC_3909 Copy of DSC_2133 Copy of DSC_2721 Copy of DSC_3939 Copy of DSC_2146 Copy of Copy of DSC_2169 Copy of DSC_2745 Copy of DSC_3968 Copy of DSC_3745 DSC_3161B DSC_3875

Dalam proses pengemaskinian..

One Response to “FOKUS”

  1. Hi, this is a comment.
    To delete a comment, just log in, and view the posts’ comments, there you will have the option to edit or delete them.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.