Posted in Uncategorized on J00000010UTC 20, 2008 by lancathy
   ” DUNIA berubah begitu pantas. Apa yang kita lihat sekarang mungkin tidak dapat dilihat lagi pada masa akan datang, maka ia lebih bermakna jika dapat dirakamkan “
-steve mccurry / jurugambar Majalah National Geograhic  

 DSC_4845B

KEMERIAHAN AIDILFITRI BERSAMA YB DATUK HAJAH NORAH TUN ABDUL RAHMAN

Oktober 3

Walau pun hampir separuh Syawal telah berlalu namun kemeriahan menyambut Lebaran masih lagi terasa dengan tradisi rumah terbuka yang dianjurkan oleh pelbagai agensi, organisasi, kesatuan dan pemimpin. Baru-baru ini (14 Syawal), Yang Berhormat Datuk Hajah Norah Tun Abdul Rahman, Ahli Parlimen P206 Tanjung Manis turut menganjurkan Majlis Ramah Tamah Aidil Fitri yang diadakan di Dewan Serbaguna, Kg. Seberang, Sarikei. Lebih 1000 orang telah berkunjung ke majlis tersebut untuk beramah mesra dengan YB Datuk Hajah Norah, yang dianggap sebagai “ seorang pemimpin yang dekat di hati rakyat” dan amat dikagumi oleh masyarakat setempat dengan sifatnya yang ramah serta prihatin terhadap masalah rakyat. Di samping untuk meraikan kedatangan Syawal, majlis tersebut juga dijadikan sebagai medan pertemuan bagi merapatkan jurang perhubungan di antara pemimpin dan rakyat malahan lebih dari itu, ianya merupakan gelanggang untuk memupuk perasaan  muhibbah antara kaum. Sebanyak lebih dari 10 gerai yang menghidangkan pelbagai jenis makanan tradisional di majlis rumah terbuka itu dengan pengusaha katering tempatan menyediakan pelbagai hidangan menarik termasuk lemang, kelupis, sate, kek lapis dan pelbagai juadah lain.

Dalam ucapan Hari Raya, beliau telah melahirkan rasa gembira di atas kunjungan orang ramai yang di luar daripada jangkaan beliau yang hadir ke majlis tersebut sambil mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh kaum muslimin. Di kesempatan itu juga, beliau turut menggesa agar penduduk Sarikei memperlengkapkan diri dengan kemahiran selaras dengan pertumbuhan pesat pelbagai industri di Bandar Baru Tanjung Manis yang menawarkan peluang pekerjaan dan peluang perniagaan yang  berpotensi tinggi untuk dimajukan. Beliau turut mengumumkan pemberian geran projek kepada beberapa pertubuhan di Sarikei.

Hadirin turut dihiburkan dengan persembahan nyayian oleh band dan penyanyi tempatan yang mendendangkan lagu-lagu raya.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah orang-orang kenamaan, antaranya ialah YB Datuk David Teng Lung Chi dan YB En. Ding Kuong Hiing. Kemuncak majlis, orang ramai dihiburkan dengan persembahan bermukun di mana turut disertai oleh YB Datuk David Teng Lung Chi, YB En. Ding Kuong Hiing dan jemputan yang lain. LC

"Party leader must be popular with people,not just party member" 
-PM YAB Dato Sri Najib-

DSC_4831B  DSC_4846B  DSC_4837DSC_4848B  DSC_4816B  DSC_4817  DSC_4819  DSC_4825B  DSC_4853B  DSC_4826B  DSC_4815B  DSC_4835B  DSC_4810B 

SELAMAT HARI JADI YANG KE 10 TAHUN ( 6 Oktober ) kepada MUHD. AL-FARIS

DSC_4861B  DSC_4571B

IMPIAN JADI REALITI 26 September 2009 – Akhirnya kesepakatan untuk sehidup semati melalui ikatan perkahwinan menjadi kenyataan. Selamat Pengantin Baru kepada pasangan Syahmi Yakup & Sofia Bojet. Tahniah!!! LC

DSC_4722  DSC_4729  DSC_4749  DSC_4762  DSC_4767  DSC_4772  DSC_4780  DSC_4783

SAMBUTAN SEMARAK JALUR GEMILANG 1MALAYSIA DI SARIKEI

Posted in Uncategorized on J0000008UTC 20, 2008 by lancathy

GALERI

DSC_4446B

FALSAFAH kesepakatan, hubungan muhibbah dan jaringan kerjasama di antara pelbagai kaum adalah merupakan aspek penting yang memastikan kejayaan sambutan Kempen Jalur Gemilang dan Perhimpunan Semarak Merdeka 1Malaysia 2009 Pringkat Negeri Sarawak yang diadakan di bandar Sarikei dari 14 hingga 16 Ogos 2009. Bandar Sarikei yang sinonim dengan jolokan Bandar Nenas, sekali lagi menjadi tumpuan pemimpin dan masyarakat seluruh pelusuk negeri Sarawak yang akan menyemarakkan kibaran jalur gemilang dengan semangat 1Malaysia. Pelbagai aktiviti dan program telah dijalankan bagi memeriahkan sambutan hari yang gemilang itu. Faktor pendorong kepada kejayaan program ini bukan hanya terletak kepada sumber fizikal yang menggerakkannya sebaliknya apa yang penting adalah pemuafakatan dan penglibatan setiap peringkat individu tanpa mengira bangsa, etnik dan agama yang bersama-sama mengalas tenaga, buah fikiran untuk memastikan setiap agenda mencapai matlamatnya. Semangat setia kawan, pergaulan antara kaum, hormat-menghormati jelas terpancar melalui hubungan muhibbah di mana pada setiap venue program mendapat sambutan daripada pelbagai kaum. Formulasasi perpaduan di kalangan masyarakat majmuk negara ini telah berdiri pada asas yang kukuh. Masyarakat sememangnya sedar bahawa perpaduan merupakan senjata ampuh yang membina ketamadunan negara dan ianya perlu dipelihara serta diperkukuhkan.  Kontrak sosial yang dicanangkan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu perlu dihayati dan amalan hidup bersatu padu dalam kepelbagaian perlu sentiasa disuburkan dengan semangat 1Malaysia. LC  

DSC_4427BDSC_4425

   DSC_4457B   DSC_4433   DSC_4453B  DSC_4458B  DSC_4434

    DSC_4435  DSC_4436   

    DSC_4437  DSC_4428

DSC_4440  DSC_4439  DSC_4454  DSC_4450

  DSC_4443    DSC_4460

  DSC_4465  DSC_4466 

  DSC_4467  DSC_4470B  

  DSC_4471 DSC_4475  DSC_4473

    DSC_4481

 DSC_4477B  DSC_4490B DSC_4420 DSC_4421 DSC_4422

DSC_4407B  DSC_4410B  DSC_4414B

DSC_4487  DSC_4396

Posted in Uncategorized on J0000006UTC 20, 2008 by lancathy

     

                    Sekapur sireh seulas pinang,

                         Seulas gambir dengan kapur,

                             Sudah dipilih sudah dipinang,

                                     Hanya menanti ijab dan kabul

 

  

ANDA ADALAH FOKUS KAMI!

Abadikan majlis walimatul urus (Majlis Perkahwinan) 
dan "event" bersama kami. 
Email : myfocus.lancathy@gmail.com   II   call : 019-8788270

 

Detik-detik yang diabadikan itu..

Posted in Uncategorized on J0000006UTC 20, 2008 by lancathy

 

GAMBAR

Berperanan penting dan mampu membuatkan kita lebih faham dengan sejarah dan kehidupan silam. Malah, ada kalanya melalui gambar saja sudah cukup untuk memberitahu peristiwa dan kejadian yang berlaku pada ketika itu tanpa perlu diungkapkan dengan tulisan atau kata-kata. LC

 Anda adalah Fokus kami !

 

 
 

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 

 

 

 

 

FOKUS

Posted in Uncategorized on J0000006UTC 20, 2008 by lancathy

URUS KERJA KAHWIN DENGAN BIJAK

DALAM suasana ekonomi global yang tidak menentu ketika ini yang bahangnya turut dirasai oleh rakyat negara kita di mana kos sara hidup naik dengan begitu mendadak maka sewajarnyalah majlis perkahwinan dibuat dengan perancangan yang rapi. Perbelanjaan majlis perkahwinan hendaklah diadakan dengan cara yang berhemah kerana jika dibuat secara berlebih-lebihan akan memberi impak kepada kehidupan setelah berumah tangga. Bajet perkahwinan hendaklah mengambil kira perkara-perkara mengikut keperluan yang perlu diberi keutamaan, umpama majlis akad nikah. Atur cara yang selebihnya, perlulah mengikut kemampuan masing-masing. Dalam kontek ini, kita perlulah beringat agar setiap tindakan yang kita lakukan jangan sampai menjadikan kita alpa dengan berbelanja secara membuta tuli tanpa memikirkan cabaran yang bakal kita harungi dalam keadaan kegawatan ekonomi yang sedang menghimpit seluruh dunia. Hakikatnya, transformasi dan perubahan minda adalah penting kepada setiap pasangan atau perancang majlis (wedding planner) supaya majlis yang bakal diadakan, dapat diurus dengan penuh kesederhanaan sesuai dengan tuntutan semasa. LC

Direnjis-renjis dipilis..

Selamat berbahagia kepada pasangan Raja Sehari

LC merasa bertuah dan teruja kerana telah diberi peluang untuk merakamkan majlis perkahwinan tiga pasangan secara serentak pada 7 Jun 2008. Sejarah tercipta apabila tiga pasangan tersebut adalah adik beradik dan majlis ijab kabul 3 pasangan mempelai telah disempurnakan serentak sehari sebelum persandingan . LC

Gambar atas – Abg. Adzri b. Abg. Keli dengan pasangannya Dyg. Suhaila bt. Abang Odar

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

 

Saat-saat bahagia pasangan, Dewandi dan Dyg. Norhasmah yang telah selamat diijab kabul pada 31 Mei 2008. Upacara membatalkan air sembahyang dengan menyarung cincin ke jari manis Dyg. Norhasmah turut disaksikan oleh sanak saudara terdekat. Majlis persandingan telah diadakan pada hari berikutnya dalam suasana yang sungguh meriah. LC  L

ZOOM IN MAJLIS PERKAHWINAN MOHD. SULTANIZAM DAN ASMAH

Bagaikan sudah tersurat dalam makrifat, begitulah perkenalan pasangan Raja Sehari, Mohd. Sultanizam dan Asmah yang berputik sejak bertugas sebagai pendidik di salah sebuah sekolah di pedalaman Sarikei, telah membawa mereka ke jinjang pelamin. Tanggal 17 Ogos 2008 telah merungkaikan segala-galanya di mana kedua-duanya telah sempurna diijab kabul di hadapan sanak saudara dan rakan taulan yang turut hadir pada hari tersebut. LC

PASANGAN NAZRI DAN JULIANA RAIKAN MAJLIS PERKAHWINAN DI KG. BELADIN

Jarak perjalanan hampir 100km  dari Bandar Sarikei ke Kg. Beladin, Pusa tidak sedikitpun mematahkan semangat LC untuk memenuhi jemputan pasangan, Nazri dan Juliana untuk merakamkan perjalanan Majlis Perkahwinan pasangan yang bakal bergelar Raja Sehari itu. Adab dan budaya tempatan masih dikekalkan dan sedikitpun terusik dek budaya luar. Mengimbau kisah perkenalan kedua mempelai ini, ianya mula berputik sejak sama-sama menuntut di salah sebuah IPTA tempatan.  Nazri yang berasal dari Kuching dan Juliana dari Kg. Beladin (Daerah Pusa) telah menjadikan tanggal 10 Oktober 2008 sebagai tarikh penuh sejarah menyatukan keduanya sebagai suami dan isteri.

LC DI KUALA LUMPUR

Menjejakkan kaki ke  Kuala Lumpur dari 19 hingga 26 Oktober 2008 tidak disia-siakan begitu sahaja, LC mengambil peluang tersebut untuk bertemu dengan rakan-rakan Jurufoto dari beberapa negeri di Semenanjung termasuk seorang dari Indonesia. Pertemuan sehari suntuk itu, telah dimanfaatkan seoptimum mungkin dengan berkenalan dan bertukar-tukar fikiran mengenai teknik pengambilan foto. LC turut berpeluang mengambil foto (close-up shot) model jemputan (Elvina dan pasangan beliau) yang memperagakan pakaian/sut pengantin di salah sebuah studio tidak jauh dari Kepong.

SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INTEGRITI 2008 JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

Teras kecemerlangan sesebuah organisasi bukan hanya terletak kepada skala organisasi atau kecanggihan infrastruktur ICT sebaliknya ianya juga terletak pada nilai-nilai murni atau sifat-sifat terpuji yang ada pada diri setiap kakitangan. Kakitangan yang berwibawa merupakan tunjang utama atau nadi  penggerak dalam merealisasikan segala agenda dan aspirasi sesebuah organisasi. Dengan tema “WARGA BERINTEGRITI PERKHIDMATAN BERKUALITI”, sambutan Hari Kualiti dan Integriti 2008 Peringkat Negeri Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah diraikan dengan penuh meriah dengan semangat muhibbah oleh warga JANM daripada seluruh pelusuk negeri Sarawak yang berkampung di Sarikei pada 7 November 2008. Majlis tersebut juga diserikan dengan kehadiran tetamu terhormat, Puan Hajjah Jamela binti Moh. Syed, Timbalan Akauntan Negara Malaysia (Korporat) yang juga telah merasmikan upacara sambutan pada hari tersebut. Para tetamu juga dihiburkan dengan persembahan kebudayaan dan koir yang dipersembahkan oleh kumpulan tempatan. Kemuncak sambutan adalah pengumuman pekerja cemerlang yang akan dianugerahkan sebagai Pekerja Contoh Tahun 2008 bagi Zon Sarawak. Mendahului senarai penerima anugerah tersebut ialah Encik Chan Pak Kuan dari JANM Cawangan Sarikei.

dsc_14171

LC turut berkongsi kegembiraan kerana berpeluang menyaksikan hari yang penuh bermakna kepada seluruh warga JANM. Apa yang mengkagumkan LC ialah kemampuan warga kerja JANM Sarikei dalam menjayakan program tersebut. Walau pun dengan jumlah kakitangan yang agak terbatas namun mereka telah membuktikan dengan semangat kerjasama yang kental, kerja yang berat menjadi ringan dan program sehebat itu telah berjalan dengan lancar.  Apa yang menarik yang perlu dicontohi adalah penglibatan pesara-pesara  JANM Sarikei yang turut mengembleng tenaga bagi menjayakan majlis tersebut. LC

SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN AZZUANY DAN NIZAM

SMS SATUKAN DUA HATI  – DYG. SITI ARLIZA DAN ABDUL AZIZ

Kalau dah jodoh tak akan ke mana. Begitulah ungkapan yang boleh dikaitkan dengan pasangan, gadis manis Dyg. Siti Arliza dari Sarikei dan Abdul Aziz yang berasal dari Kuching yang telah selamat diijab kabul pada 21 November 2008 di Pejabat Agama Islam Sarikei. Episod perkenalan pasangan ini yang hanya berputik melalui SMS  akhirnya membawa keduanya ke jinjang pelamin.  

dsc_1902

ZOOM IN > FOTO KAHWIN

Copy of DSC_2746 DSC_3284B DSC_3481B DSC_2471B DSC_3447 DSC_3287B Copy of DSC_2851 Copy of DSC_2998 Copy of DSC_3429 DSC_2350 DSC_3484B DSC_3639B Copy of DSC_3909 Copy of DSC_2133 Copy of DSC_2721 Copy of DSC_3939 Copy of DSC_2146 Copy of Copy of DSC_2169 Copy of DSC_2745 Copy of DSC_3968 Copy of DSC_3745 DSC_3161B DSC_3875

Dalam proses pengemaskinian..