Archive for October, 2009

Posted in Uncategorized on J00000010+00:00 20, 2008 by lancathy
   ” DUNIA berubah begitu pantas. Apa yang kita lihat sekarang mungkin tidak dapat dilihat lagi pada masa akan datang, maka ia lebih bermakna jika dapat dirakamkan “
-steve mccurry / jurugambar Majalah National Geograhic  

 DSC_4845B

KEMERIAHAN AIDILFITRI BERSAMA YB DATUK HAJAH NORAH TUN ABDUL RAHMAN

Oktober 3

Walau pun hampir separuh Syawal telah berlalu namun kemeriahan menyambut Lebaran masih lagi terasa dengan tradisi rumah terbuka yang dianjurkan oleh pelbagai agensi, organisasi, kesatuan dan pemimpin. Baru-baru ini (14 Syawal), Yang Berhormat Datuk Hajah Norah Tun Abdul Rahman, Ahli Parlimen P206 Tanjung Manis turut menganjurkan Majlis Ramah Tamah Aidil Fitri yang diadakan di Dewan Serbaguna, Kg. Seberang, Sarikei. Lebih 1000 orang telah berkunjung ke majlis tersebut untuk beramah mesra dengan YB Datuk Hajah Norah, yang dianggap sebagai “ seorang pemimpin yang dekat di hati rakyat” dan amat dikagumi oleh masyarakat setempat dengan sifatnya yang ramah serta prihatin terhadap masalah rakyat. Di samping untuk meraikan kedatangan Syawal, majlis tersebut juga dijadikan sebagai medan pertemuan bagi merapatkan jurang perhubungan di antara pemimpin dan rakyat malahan lebih dari itu, ianya merupakan gelanggang untuk memupuk perasaan  muhibbah antara kaum. Sebanyak lebih dari 10 gerai yang menghidangkan pelbagai jenis makanan tradisional di majlis rumah terbuka itu dengan pengusaha katering tempatan menyediakan pelbagai hidangan menarik termasuk lemang, kelupis, sate, kek lapis dan pelbagai juadah lain.

Dalam ucapan Hari Raya, beliau telah melahirkan rasa gembira di atas kunjungan orang ramai yang di luar daripada jangkaan beliau yang hadir ke majlis tersebut sambil mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh kaum muslimin. Di kesempatan itu juga, beliau turut menggesa agar penduduk Sarikei memperlengkapkan diri dengan kemahiran selaras dengan pertumbuhan pesat pelbagai industri di Bandar Baru Tanjung Manis yang menawarkan peluang pekerjaan dan peluang perniagaan yang  berpotensi tinggi untuk dimajukan. Beliau turut mengumumkan pemberian geran projek kepada beberapa pertubuhan di Sarikei.

Hadirin turut dihiburkan dengan persembahan nyayian oleh band dan penyanyi tempatan yang mendendangkan lagu-lagu raya.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah orang-orang kenamaan, antaranya ialah YB Datuk David Teng Lung Chi dan YB En. Ding Kuong Hiing. Kemuncak majlis, orang ramai dihiburkan dengan persembahan bermukun di mana turut disertai oleh YB Datuk David Teng Lung Chi, YB En. Ding Kuong Hiing dan jemputan yang lain. LC

"Party leader must be popular with people,not just party member" 
-PM YAB Dato Sri Najib-

DSC_4831B  DSC_4846B  DSC_4837DSC_4848B  DSC_4816B  DSC_4817  DSC_4819  DSC_4825B  DSC_4853B  DSC_4826B  DSC_4815B  DSC_4835B  DSC_4810B 

SELAMAT HARI JADI YANG KE 10 TAHUN ( 6 Oktober ) kepada MUHD. AL-FARIS

DSC_4861B  DSC_4571B

IMPIAN JADI REALITI 26 September 2009 – Akhirnya kesepakatan untuk sehidup semati melalui ikatan perkahwinan menjadi kenyataan. Selamat Pengantin Baru kepada pasangan Syahmi Yakup & Sofia Bojet. Tahniah!!! LC

DSC_4722  DSC_4729  DSC_4749  DSC_4762  DSC_4767  DSC_4772  DSC_4780  DSC_4783